KUANTAN: Jabatan Kerja Raya (JKR) Bentong memaklumkan Jalan Karak-Simpang Pelangai di Bentong, akan ditutup kepada semua kenderaan selama tiga jam bermula 8 pagi esok.
JKR Bentong menerusi kenyataan memaklumkan penutupan itu bagi memberi ruang kerja selamat untuk kerja mengalih lori terbalik di bahu jalan, yang difahamkan berlaku hari ini.
"Penutupan melibatkan Jalan Persekutuan yang bermula dari simpang Balai Polis Karak sehingga simpang Jalan Manchis-Chemomoi, dengan tanda pandu selepas Balai Polis Telemong.
"Pengguna boleh menggunakan laluan alternatif dari Karak-Temerloh-Bandar Bera-Jalan Bukit Mendi-Simpang Pelangai," menurut kenyataan itu.
Pengguna jalan raya diminta untuk mematuhi papan tanda dan arahan disediakan serta boleh menghubungi talian 09-2223040 jika mempunyai pertanyaan.
Jalan Karak-Simpang Pelangai merupakan laluan masuk ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dari arah Bentong, yang kini dalam tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung pada 7 Okt ini.
PRK DUN Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli.
PRK itu diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun akibat nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023
JKR Bentong memaklumkan penutupan itu bagi memberi ruang kerja selamat untuk kerja mengalih lori terbalik di bahu jalan, yang difahamkan berlaku hari ini. - Gambar FB JKR Bentong
Jualan kenderaan baharu Malaysia meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas.
Filem 'Seindah Tradisi' tampil warisan & budaya kaum Sabah
Penghasilan filem bertajuk 'Linundus Do Koubasanan' (Seindah Tradisi) menjadi platform kepada PETRONAS untuk rakyat Malaysia dan masyarakat seluruh dunia lebih mengenali budaya serta tradisi suku kaum di Sabah.
Sabah sasar pasaran Timur Tengah
Sabah kini mensasarkan pasaran Timur Tengah dalam usaha memperkasakan sektor pelancongan negeri inI selepas Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menyertai pameran perdagangan pelancongan yang diadakan di Dubai.
15 jentera bomba kompak bersaiz kecil diagihkan kepada Sarawak
Sejumlah 15 jentera bomba kompak (CFRT) bersaiz kecil yang berupaya bergerak ke kawasan pedalaman dan terpencik akan diagihkan kepada Sarawak tahun ini.
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
Jalan Karak-Simpang Pelangai ditutup sementara esok
Jabatan Kerja Raya (JKR) Bentong memaklumkan Jalan Karak-Simpang Pelangai di Bentong, akan ditutup kepada semua kenderaan selama tiga jam bermula 8 pagi esok.
Meriah berganda di Kampung Gajah, musim durian, musim pilihan raya
Musim pilihan raya di Kampung Gajah, Perak pada tahun ini mungkin boleh dianggap istimewa bagi penggemar durian.
PRU15: Tempoh kempen 14 hari sesuai untuk Sarawak - Nanta
Nanta berkata tempoh berkempen PRU15 akan memberi peluang kepada calon untuk bertemu pengundi terutamanya yang berada di kawasan pedalaman negeri ini.
PRN Sabah: Kempen bermula, calon ligat dekati pengundi
Usai semboyan dibunyikan, parti-parti politik terus memulakan kempen bagi memikat pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 bermula hari ini.